Ho Chi Minh City atau nama asalnya Saigon menjadik tempat teambuilding for MIA staff tahun ini. Kali ni kami pergi naik MAS sbb compare harga air asia agak mahal waktu itu. tapi kannn, lantak lah mahal ker tak, MIA yang bayar bukan saya..hahaha. Satu yang saya tak suka MAS ialah makanan dia tersangat tak sedap, aduhh fail!
The Amazing Race
Tema teambuilding kali ni ialah the Amazing Race. Macam amazing race dalam tv tu, konsep yang sama. Kami di pecahkan kepada 10 team, and setiap team diberikan tugasan dalam masa 4 jam dan wang tuk kegunaan tuk completekan task. Saya tak bole nak story camana detail amazing race ni, but overall memang tersangat best, mencabar, fun dan yang paling best sbb group saya menang!..yeayyy.
Antara task yang pada saya agak susah jugak, kami perlu menyanyi sebuah local song secara berkumpulan. Kami pilih lagu twinkle2 little star. tapi sepatah haram pon saya tak paham, tak reti nk sebut..taramm jelah sebut "Lalalalalla...Lalallalala". Lagi satu task, kami perlu nyanyi local song yang terdapat nama Ho Chi Minh dalam lirik lagu tersebut..Lagu ni super duper susah ok!..Kami tangkap sorang dak pompuan nih, suh dia ajar kami nyanyi. Pastu dia pon lupa liriknya camana, tergagap-gagap jugak kami nyanyi..part sebut Ho Chi Minh je kami sebut kuat-kuat!.hahha asal boleh!
ni team saya, No. 9 no bertuah!
in front of Opera House. seksi patung itu, huhuhu
One of the task, kami kna pakai baju Aou Dhai (Au Zai)*
kna bayar USD1 tau sesaje nk try nih.huh!
Dalam task ni kami perlu dapatkan t-shirt yg ada tulis SAIGON
and one of male team kna pkai Aou The (Au Zi)*
Makanan
Makan kat Saigon ni agak susah jugak, sbb muslim adalah minority kat sini. Harga plak tersangat mahal. Nasi goreng jek dalam VND 89000.00 dalam RM18.00 camtuh. tak ker mahal!. Hotel yang kami duk tu tak de sijil halal, so kami mmg suma makan kat luar. One of the specialty kat vietnam ni ialah pho', dia lebih kurang cam bihun sup yang ada bebola ayam/daging tu. sedap!
nilah Pho' tu..siap ada ulam-ulaman
makan kat The Daun
Ni antara restaurant halal yg paling dekat ngn pasar bent than
City Tour
Antara tempat yang sempat kami lawat ialah Notre Dame Cathedral, Central Post Office, Reunification Palace, Opera House, War Remnants Museum, Binh Tay Market etc etc..
Notre Dame Cathedral ni sbnrnya sebuah gereja lama. Pengantin suka amik gambar depan ni.
Central Post Office ni bersebelahan ngan Notre dame, jalan kaki je dah smpai. Kat dalam post office ni ada sebuah photo besaaaaarr, lelaki itu lah Mr. Ho Chi Minh. kalau sape tak tau sape uncle Ho ni, dialah pejuang kemerdekaan vietnam dan bapa pembangunan yang sgt femes.
Reunification Palace ialah rumah perdana menteri vietnam. lebih kurang cam white house gitu. uniknya tempat ni, mereka masih kekalkan semua barang-barang yang terdapat di dalamnya sejak tahun 1950an, tak ubah sket pon dah masih terjaga rapi.
War Remnants Museum ni saya galakkan sesapa yang gi vietnam gi tmpat nih. Sebab banyak history about Vietnam war kat sini. menangis tengok semua kekejaman tentera US!
Chu Chi Tunnel
Hari ke-tiga, hampir setengah hari masa kami dihabiskan disini. Sesapa yang dtg vietnam, sure akan melawat tempat nih. Apa yang saya bole kata, Viet-Khong tersangat kreatif sebab bila mereka di serang tentera US, diorg bole pikir camana cara nak teruskan kehidupan mereka di dalam terowong selama bertahun-tahun, hebat! Diorag jugak serang balik tentera US dengan bom-bom tentera US itu sndr yang telah diubah suai jadik senjata yang lebih hebat.
Saya amik peluang ni tuk cuba sendiri masuk dalam tunnel tersebut. Memang meremang bulu roma, mula rasa cam nak sesak nafas, rasa nak pitam pon ada. Tapi tetap nak cuba jugak and nak tau camana rasa apa yang diorg rasa ketika itu.
Demo masuk tunnel oleh sorang pekerja
kecik jek, cukup-cukup badan jek
rite after keluar terowong tu, berpeluh beb!
Hotel
4D3N kami di Eden Saigon Hotel. hotel yang baru dibuka awal january lalu. Most of the staff tak pandai speaking, agak susah kat situ. kalau nak request apa-apa, kna bgtau recept diorg barulah bole paham. Rate harga tak berapa pasti. Agak jauh sket dari tmpat shopping, tapi sanggup gak kami jalan kaki ke benh than market. Tapi sekitar bandar saigon ni banyak hotel budget. sekitar ben than market tu lagi banyak. kalau stay kat situ senang sket nk shopping, dekat! hahaha..
Shopping
Bab ni memang suma orang paling tak sabar. Tapi kami hanya dapat betul-betul shopping masa last day kat sini. Sebab jadual kami tersangat padat. Me, one of this trip committee so banyak sgt hal nak kna settle jadik kna korbankan masa tak dapat join yang lain gi shopping. hukhukhuk..
Kalau nk beli kain pasang yg sangat femes skang english cotton, bole borong di Binh Tay Market. Kat sini dia jual secara pukal, bole pilih beli banyakkkk banyakkk dan pastinya murah. Another place yang tersangat femes jual kain pasang ialah Benh Than Market, kat tengah-tengah bandar Saigon. Harga kain pasang cotton sekitar RM22-24 sahaja, murahhhh kannn..?? Orang kata, kat vietnam femes ngan telekung yang cantek. Tapi, saya tak jumpa ponn..yang ada suma biasa-biasa jek macam jual kat jalan TAR tu. so, saya rasa not worth to buy. Benh Than Market ni dibuka awal pagi tutup kul 6 pm. pastu dalam kul 8 camtu kat luar benh than ni bertukar jadik pasar malam. shopping kat pasar malam ni pon best jugak sbb bole kata murah jugak and rasa lebih selesa sebab luas, kat dalam pasar sesak yg amat dan panasss! Tapi, communication jgn risau sebab most of the pekerja kat sini cakap bahasa melayu...u ollss akan dengar diorg jerit-jerit "kakaakkk kakak beli beli, murah murah.."

group photo di hadapan Bent Than market
kakak, kakakkk..mari beli kain!
Another place to shop till you drop ialah Saigon Plaza. Haaa, yang ni saya tersangat teruja. sbb saya tak berapa minat kain pasang tapi minat nak carik blouse, kemeja or branded t-shirt. Saigon Plaza lah tempatnya. Kat sini suma barang-barang jenama terkenal ada jual tapi ngan harga murah and kualiti sangat bagus. kira cam gred AAA gitulah. Kat sini jugak banyak jual baju-baju baby. giler best ok, so saya borong banyak baju tuk Umar, dari t-shirt, seluar, kemeja, kasut sumanya murah dan comel-comel. contoh, baju tido budak brand Baby Gap yang selalu kita nmpak org jual kat fesbuk tu harga dalam RM25-27 kan. teka kat sini berapa..?? RM12 sahaja. short pants budak lelaki dalam RM5-7 je..giler murah!
Currency takde masalah kat sini, diorang accept VN Dong, RM dan jugak USD. so, korang kna tanya ketiga-tiga harga dan compare yang mana murah. Bargain tu penting, cuba bargain 50% dari harga asal dan selalunya diorg akan bagi jugak harga yang kita mahukan. Ada sekali tu, saya tak bargain pon, harga blouse tu 150000.00..then i ask "ada yang baru tak selain display?" then dia jawab "saya bagi harga 120000.00"...aikkk, org tnya lain, lain plak dia jawab..trus bayar dan blah cepat-cepat..haha
sanggup redah hujan semata-mata nak gi pasar malam
Hard Rock HCMC
Pengangkutan
Vietnam memang femes ngan motorsikal, just exactly cam Indonesia. kata
Ah Hua, our local tour guide, kat sini kalau ada motor lebih hebat dari punya kereta. sbb terlalu banyak motor di jalanan, bawak kereta pon tak guna sebab tak bole pecut. Tapi one thing yang saya respect cara diorg bawak motor mmg sangat hebat. tak de nak maki-maki orang dan sentiasa bagi laluan kpd org lain. Cuba kat Mesia, salah sket je sure kna f**k pastu maki berbakul-bakul. am i rite?
For tourist, nak gi mana-mana senang naik cab jek. banyak terdapat di sini dan murah jugak. Tips, kalau nak naik teksi pilih teksi yang no. pendaftaran teksi tu berganda contoh cam 2727 atau 3838. No ni ada tulis kat pintu teksi. Kira cam teksi berdaftar yang bole dipercayai. kalau dia tulis no cam 2356 tu tolong jgn naik, sbb sure kna tipu. and bila bagi tambang tolong bagi cukup-cukup jek. kalau bagi duit besar, mmg takkan dapat balance and diorg pura-pura tak pandai speaking.
Istimewa
bagi peminat kopi, mungkin tak sabar-sabar nak rasa coffee kat vietnam nih. katanya antara yang terbaek kalah kopi omputih kat starbucks tuh. Saya bukan peminum coffee, so saya tak tau bezakan yang mana biasa, sedap or extra sedap. tapi bila dah smpai sini amik peluang jugak cuba rasa coffee ais dia, memang sedap. yang penting rasa coffee tu tak lekat kat tekak, rasa nyaman jek..haha.
terbaek!
Dah panjang lebar ni rasanya. cerita pasal malam diner kami tak yah lah share kat sini. terlalu panjang jalan ceritanya, haha kalah novel acik lana. cait!
till then , babai!